Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menerima Majlis Menghadap Kerabat Diraja Perlis yang diketuai oleh Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Astana Negeri Sarawak. Foto Awang Azmil (TVS)

Tun Wan Junaidi terima Majlis Menghadap Kerabat Diraja Perlis

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 14 Jan: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menerima Majlis Menghadap Yang Amat Mulia Tengku Syarif Laksamana Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Astana Negeri Sarawak.

Majlis ini diadakan sempena Istiadat Persembahan Warkah Persilaan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang dijadual berlangsung pada 17 April 2025.

Sambutan tersebut menandakan ulang tahun ke-25 pentadbiran baginda sebagai Raja Perlis.

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis, Warkah Persilaan tersebut turut dipersembahkan kepada Sultan Terengganu di Istana Terengganu, Kuala Lumpur pada 11 Januari lepas, melalui adinda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis, Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin.

Turut hadir dalam majlis menghadap itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Rusdi Yahya; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Majlis, Protokol dan Istiadat (PSUKPs), Ahmad Tarmizi Mohd Asarani; dan Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Khairul Anuar Ishak, selaku Ketua Jabatan Pengiring.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan