Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini. Foto BAM (FB)

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara – BAM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Pemangku Presiden BAM Datuk V Subramaniam berkata pelantikan legenda beregu Indonesia yang lebih dikenali Herry IP bagi menggantikan Tan Bin Shen, dengan kontrak empat tahun bersama skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Jawatan ketua jurulatih beregu lelaki negara sebelum ini kosong selepas Bin Shen memilih haluan baharu untuk berhijrah ke Hong Kong.

“Beliau akan meneliti pemain di bawah kendaliannya terlebih dahulu, memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing, dan perkara sama dilakukan terhadap jurulatih yang akan bekerja di bawah beliau.

“Saya rasa beliau perlukan masa, mungkin 10 hari atau lebih. Selepas itu baru beliau boleh sediakan perancangan. Kita tidak mahu terburu-buru, berikan masa untuk beliau lakukan perubahan atau penambahbaikan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis BAM di sini hari ini.

Subramaniam berkata masih terlalu awal untuk menetapkan indeks prestasi utama jurulatih berusia 62 tahun itu walaupun mempunyai rekod cemerlang dengan melatih juara Olimpik, Candra Wijaya-Tony Gunawan (Sydney 2000) dan Hendra Setiawan-Markis Kido (Beijing 2008). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan