Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Permohonan SKAS dibuka kepada individu layak, bukan penerima STR

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Jan: Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kini membuka peluang permohonan bagi individu yang tidak tersenarai dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa empat 2024 namun memenuhi kriteria kelayakan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, individu yang layak merupakan rakyat Sarawak yang mempunyai kad pengenalan status K, menetap di Sarawak dan merupakan penerima STR Fasa 4 2024 berdasarkan maklumat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Mereka yang tidak tersenarai dalam STR tetapi memenuhi kriteria kelayakan boleh mengemukakan permohonan dari 1 Februari hingga 31 Mac berdasarkan senarai penerima STR,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Sarawak Service Centre di UTC di sini, hari ini.

Menurutnya, seramai 886,288 penerima layak menerima SKAS setakat ini melibatkan 410,529 ketua isi rumah, golongan bujang (361,295 penerima) dan warga emas yang tidak mempunyai pasangan dan anak (141,464 penerima).

“Bagi isi rumah, bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM800 dengan implikasi kewangan berjumlah RM328.4 juta. Untuk individu bujang, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM250 dengan implikasi kewangan sebanyak RM90.3 juta.

“Manakala, bagi warga emas tanpa pasangan dan anak, bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM400 dengan implikasi kewangan sebanyak RM45.8 juta,” ujarnya.

Tambahnya, ia menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang diperuntukkan melalui SKAS adalah sebanyak RM464.5 juta tidak termasuk permohonan yang akan dikemukakan di masa hadapan.

Abang Johari pada masa sama menambah Kerajaan Sarawak akan menggerakkan jentera bagi memudahkan urusan pelaksanaan bagi bantuan itu.

“Ia akan merangkumi kerjasama erat antara pelbagai jentera seperti Kerajaan Sarawak, Pejabat Residen, Pegawai Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Service Sarawak Centre, Setiausaha Politik dan wakil rakyat,” jelasnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan