Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hussein Omar Khan sahkan keputusan DNA menunjukkan mayat reput ditemukan di Banting adalah Yap Xin Yuan.

DNA sahkan mayat reput adalah remaja perempuan 15 tahun – Ketua Polis Selangor

ByFirdaus Ismail

SHAH ALAM, 2 Jan: Keputusan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang diperolehi hari ini mengesahkan mayat reput yang ditemukan di Banting, Selangor baru- baru ini merupakan remaja perempuan berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan yang dilaporkan hilang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan mayat akan dituntut petang ini di Hospital Banting oleh keluarga mangsa.

“Keputusan DNA yang diperolehi daripada Jabatan Kimia positif (menunjukkan mayat Xin Yuan),” katanya.

Sebelum ini Hussein mengesahkan tiga suspek direman bagi membantu siasatan kes bunuh susulan penemuan mayat dalam keadaan reput dipercayai Xin Yuan di Sungai Changgang.

Xin Yuan dilaporkan hilang selepas berlatih tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras pada 19 Disember lalu.

Antara tiga yang direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu termasuk seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai teman lelakinya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan