Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ismawi Ismuni berkata melangkah ke tahun 2025, RECODA meneruskan momentum cemerlang membentuk masa depan Sarawak yang lebih cerah dan mampan. Foto fail TVS

SCORE terima pelaburan RM123 bilion pada 2024

KUCHING, 1 Jan: Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) menerima jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM123 bilion pada tahun 2024 dengan jangkaan mewujudkan 53,829 peluang pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Datuk Ismawi Ismuni berkata dari jumlah itu Taman Perindustrian Samalaju (SIP) di Bintulu menarik pelaburan RM51.6 bilion daripada 14 pelabur, terutama dalam industri keluli dan solar.

“Beberapa projek infrastruktur besar akan dimulakan pada 2025, termasuk Lebuhraya Pantai Utara di Limbang dan Lawas, serta jalan Miri-Marudi, Marudi-Mulu dan Long Panai-Long Lama.

“Pembinaan Lapangan Terbang Lawas baharu Fasa 1 juga dijangka bermula suku kedua tahun ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata lagi, setakat ini, RECODA telah melaksanakan 275 projek infrastruktur, termasuk jalan, jambatan dan utiliti yang bertujuan merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar.

Sebanyak 138 projek telah siap, 64 dalam pelaksanaan dan 45 di peringkat perancangan.

Selain itu, beliau berkata inisiatif COMMUNITY@SCORE telah memberi manfaat kepada lebih 2,000 individu melalui 53 projek yang menyokong pertanian, pendidikan, pembangunan jalan, serta hab kebudayaan dan keagamaan.

“Projek ini membawa impak ekonomi mampan kepada komuniti dan usahawan tempatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, tiada satu pun daripada pencapaian ini dapat dicapai tanpa sokongan tidak berbelah bahagi daripada pemimpin, pelabur, pihak berkepentingan dan rakan kongsi.

“Ketika kita melangkah ke tahun 2025, marilah kita teruskan momentum yang telah kita bina bersama, menghadapi cabaran dan peluang baharu dengan tekad serta visi bersama yang telah membawa kita sejauh ini.

“Bersama-sama, kita akan membentuk masa depan Sarawak yang lebih cerah dan mampan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan