Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Puma menjadi penaja terbaru jersi skuad Harimau Malaya. Foto HarimauMalaya (FB)

Puma penaja baharu jersi Harimau Malaya

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Jenama sukan antarabangsa, PUMA, kini merupakan penaja pakaian dan jersi rasmi skuad bola sepak kebangsaan, berkuat kuasa hari ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan kerjasama strategik dengan jenama sukan dari Jerman itu, menandakan satu pencapaian penting untuk bola sepak Malaysia.

Kenyataan itu memaklumkan kerjasama tersebut, menggabungkan bersama dedikasi FAM terhadap sukan nombor satu dunia itu, serta legasi inovasi dan kecemerlangan PUMA di dalam dan luar padang.

“Butiran lanjut mengenai perjanjian kerjasama FAM dan PUMA akan dimaklumkan pada majlis pelancaran yang akan diumumkan nanti,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, FAM mengucapkan terima kasih kepada jenama sukan Nike yang menaja pakaian dan jersi rasmi Harimau Malaya sebelum ini selama 18 tahun bermula dari Januari 2007 hingga Disember 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan