Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian dan Muhammad Haikal Nazri. Foto Badminton Association Malaysia (FB)

Haikal-Hon Jian terlepas Terbuka Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Pemain beregu lelaki negara Muhammad Haikal Nazri terpaksa menangguhkan hasrat untuk bersaing buat julung kali pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia minggu depan selepas mengalami kecederaan pinggul.

Kejohanan berstatus Super 1000 BWF itu akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini dari 7 hingga 12 Jan ini.

Perkembangan tersebut disahkan oleh ketua jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen yang turut memaklumkan pemain berusia 22 tahun itu bersama gandingannya, Choong Hon Jian dijangka turut terlepas beraksi pada Masters Indonesia (21-26 Jan) serta Masters Thailand (28 Jan- 2 Feb).

“Dia (Haikal) sudah menjalani imbasan dan didapati mengalami kecederaan koyak otot di bahagian pinggul ketika menjalani latihan. Kami perlu menunggu keputusan pakar perubatan untuk menentukan langkah rawatan sama ada melalui rehabilitasi atau pembedahan.

“Bagi saya, ini adalah satu kerugian besar kerana dia bukan sahaja terlepas Terbuka Malaysia tetapi juga kejohanan lain dalam bulan Januari ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, undian menyaksikan dua pasangan utama negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengharungi cabaran di peringkat awal sebelum bertemu di pentas final.

Sze Fei-Nur Izzuddin bakal membuka kempen menentang wakil Denmark Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard manakala Aaron-Wooi Yik dijadualkan bertemu gandingan Amerika Syarikat Chen Zhi Yi-Presley Smith.

Sementara itu, pasangan nombor 14 dunia Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan memulakan cabaran mereka menentang wakil Jepun Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura.

Beregu lelaki negara yang membuat penampilan sulung di Terbuka Malaysia, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King pula dijadualkan berdepan pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan