Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hussein Omar Khan sahkan keputusan DNA menunjukkan mayat reput ditemukan di Banting adalah Yap Xin Yuan.

Teman lelaki direman bantu siasatan kes penemuan mayat remaja perempuan 15 tahun

ByFirdaus Ismail

SHAH ALAM, 31 Dis: Tiga suspek direman bagi membantu siasatan kes bunuh seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang mayatnya ditemukan dalam keadaan reput di Sungai Changgang, Banting, Selangor pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti melalui pengecaman fizikal dan bedah siasat telah dijalankan di Hospital Banting.

“Buat masa ini seramai tiga individu yang berumur dalam lingkungan 16, 20 dan 51 tahun telah direman selama enam hari bermula hari ini termasuk teman lelaki mangsa,” katanya menerusi kenyatan media hari ini.

Hussein berkata, polis percaya penemuan mayat itu berkait dengan kes orang hilang yang dilaporkan di Kajang pada 22 Disember lepas.

Tambah beliau kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini media melaporkan seorang remaja perempuan, Yap Xin Yuan, 15, dilaporkan hilang selepas berlatih tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras pada 19 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Naazron Abdul Yusof, dilaporkan berkata keluarga yang menyedari mangsa tidak pulang ke rumah, membuat satu laporan polis pada jam 2.15 pagi, keesokannya.

Menurut beliau, keluarga memaklumkan mangsa berlatih tarian singa di gelanggang bola keranjang terbabit dan sepatutnya terus pulang namun sehingga jam 10.30 malam, mangsa tidak pulang ke rumah. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan