Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persembahan pentas akan mewarnai sambutan ambang tahun baharu 2025 di Tebingan Kuching pada malam 31 Disember.

Sambutan tahun baharu 2025 di Tebingan Kuching dijangka tarik perhatian orang ramai

KUCHING, 30 Dis: Tahun 2025 semakin menghampiri, manakala tahun 2024 bakal melabuhkan tirainya. Warga Kuching dilihat teruja menyambut ketibaan tahun baharu yang akan diraikan di lokasi ikonik, Tebingan Kuching.

Sambutan ini dijangka penuh warna-warni dengan pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang.

Pekerja pembersihan, Ubai Mahmat, 65, menyifatkan pemilihan Tebingan Kuching sebagai lokasi sambutan sangat bertepatan kerana lokasinya yang strategik dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Namun, beliau turut menyeru pengunjung untuk lebih prihatin terhadap aspek kebersihan.

“Tempat ini bagus kerana ia menarik ramai pelancong dan pengunjung. Kita pasti merasai kemeriahannya. Cuma saya harap semua dapat menjaga kebersihan bersama-sama, sebab ini akan beri imej baik kepada pelancong yang datang,” katanya.

Rahanah Jais (kiri) dan Khadijah Yousuf. Foto TVS

Sementara itu, pekerja swasta, Khadijah Yousuf, 36, percaya sambutan tahun baharu di Tebingan Kuching akan memacu sektor pelancongan di kawasan sekitarnya.

Menurutnya, lokasi ini menjadi tumpuan pengunjung tanpa mengira usia.

“Saya pasti ramai yang akan hadir dan suasana nanti pasti meriah. Saya sangat teruja untuk menyaksikan sambutan ini,” katanya.

Pengusaha kafe makanan di Tebingan Kuching, Rahanah Jais, 62, pula menyifatkan pemilihan lokasi ini sangat tepat kerana ia menawarkan pelbagai panorama menarik serta pelbagai aktiviti kebudayaan, kesenian, dan hiburan.

Sambutan ini juga dijangka memberi impak positif kepada ekonomi peniaga tempatan.

“Acara ini dijangka menarik ramai pengunjung dan secara tidak langsung memberi peluang kepada kami, para peniaga, untuk meningkatkan pendapatan. Kawasan Dockyard, Main Bazaar dan sekitarnya turut mendapat manfaat ekonomi,” ujarnya.

Kerja-kerja akhir persiapan Sambutan Tahun Baharu 2025 anjuran Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan sedang giat dilaksanakan.

Acara ini dijangka menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh warga Kuching dan pelancong yang hadir.

Sambutan malam ambang tahun baharu di Tebingan Kuching ini bukan sahaja meraikan kedatangan tahun baharu, tetapi juga mempromosikan keindahan dan daya tarikan bandar raya Kuching kepada dunia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan