Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para peserta membuat persembahan di program Orkestra Tradisional Malaysia On The Street @ Kuching Waterfront. Foto TVS

Orkestra Tradisional Malaysia On The Street meriahkan suasana Tebingan Kuching

KUCHING, 11 Nov: Tebingan Kuching dihidupkan dengan persembahan istimewa Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) di bawah Program Jangkauan WarisanKU oleh Istana Budaya.

Program ini berjaya menarik perhatian ramai pengunjung yang menikmati keindahan muzik tradisional pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhtar berkata sambutan yang meriah terhadap persembahan ini membuktikan minat masyarakat terhadap muzik tradisional.

Menurutnya, orkestra ini unik kerana melibatkan pelbagai komposisi budaya daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, sekali gus memaparkan kepelbagaian budaya negara.

“Kita nampak malam ini sungguh meriah walaupun ini kali pertama kami melakukan persembahan ini di Tebingan Kuching. Keunikan orkestra ini adalah komposisinya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik dari seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program OTM On The Street @ Kuching Waterfront di Godown Amphitheatre malam tadi.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman, memuji kerjasama ini sebagai usaha strategik untuk memeriahkan Tebingan Kuching dengan persembahan yang menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari.

Beliau turut berharap agar lebih banyak acara sebegini dapat dianjurkan pada masa hadapan sebagai usaha untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum.

“Ini adalah satu orkestra tradisional yang mengharumkan inisiatif kita bersama untuk mengharmonikan masyarakat pelbagai kaum.

“Ini merupakan kolaborasi bersama Istana Budaya dan insya Allah, lebih banyak acara menarik akan diadakan di sini pada masa akan datang,” katanya.

Tebingan Kuching menjadi destinasi ketiga bagi acara ini selepas Pavillion Kuala Lumpur dan Bandar Hilir Melaka.

Program ini bertujuan membawa fenomena persembahan orkestra jalanan dan menghangatkan suasana di lokasi-lokasi tumpuan pelancong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan