KUCHING, 22 Dis: Showcase Krismas Cats 2024 yang berlangsung hari iniĀ disambut meriah oleh pengunjung Aeon Shopping Mall.
Berlangsung dari jam 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang, showcase tersebut berjaya menarik ramai pengunjung yang berkunjung ke pusat beli-belah terkemuka tersebut.
Kenyataan yang dikeluarkan Cats FM memaklumkan, Showcase Krismas Cats 2024 merupakan platform unik untuk mengumpulkan masyarakat setempat dalam semangat perayaan.
“Aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan tetapi turut menyemai perpaduan dan kebersamaan dalam komuniti.
“Acara ini merupakan salah satu inisiatif untuk merayakan semangat perayaan Krismas sambil mempereratkan hubungan antara artis, pendengar dan masyarakat di Kuching,” menurut kenyataan itu.
Pelbagai aktiviti sampingan juga turut diadakan seperti aktiviti pentas dan permainan bagi memeriahkan lagi suasana Krismas yang bakal tiba.
Selain itu, terdapat juga persembahan menarik yang ditampilkan termasuk penampilan khas penyampai Ruai Cats, Maxwell Franklin Saran dan Sima Tawil serta artis tempatan yang lain seperti Pretty Nina, Mawat dan Claudia Geres.
Hadir sama Pengarah Urusan Kristal Harta Sdn Bhd Mohd Iskandar Mohd Nawawi yang memberi sokongan kepada acara terssebut sebagai tanda komitmen Cats FM dalam menghubungkan masyarakat melalui hiburan dan acara berkualiti. – TVS