Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland mengenakan denda terhadap Meta sebanyak USD263.7 juta. Foto AFP

Ireland denda Meta 251 juta Euro atas pelanggaran data Facebook

ByBernama

LONDON, 18 Dis: Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland (DPC) mengumumkan pada Selasa bahawa ia mendenda gergasi teknologi Meta 251 juta euro (US$263.7 juta) kerana pelanggaran data peribadi yang menjejaskan 29 juta akaun Facebook di seluruh dunia, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan akhbar daripada DPC, pelanggaran itu yang disebabkan oleh kelemahan dalam fungsi muat naik video dalam ciri “View As” Facebook, yang mendedahkan data peribadi sensitif seperti nama penuh, e-mel, nombor telefon dan lokasi pengguna.

Antara 14 Sept dan 28 Sept 2018, individu tidak sah menggunakan skrip untuk mengeksploitasi kelemahan itu dan memperoleh akses log masuk sebagai pemegang akaun kepada kira-kira 29 juta akaun Facebook di seluruh dunia, termasuk kira-kira 3 juta akaun di Kesatuan Eropah/Kawasan Ekonomi Eropah (EU/EEA), menurut DPC.

Pelanggaran itu telah diperbaiki oleh Meta Ireland dan syarikat induknya di Amerika Syarikat sejurus selepas penemuannya, kata DPC.

Meta dikenakan penalti kerana pemberitahuan pelanggaran yang tidak mencukupi dan kegagalan untuk memastikan perlindungan data mengikut reka bentuk.

“Tindakan penguatkuasaan ini menekankan bagaimana kegagalan menggabungkan keperluan perlindungan data sepanjang kitaran reka bentuk dan pembangunan boleh mendedahkan individu kepada risiko dan bahaya yang sangat serius,” kata Timbalan Pesuruhjaya DPC Graham Doyle.

“Profil Facebook seringkali mengandungi maklumat tentang perkara seperti kepercayaan agama atau politik, kehidupan seksual atau orientasi atau aspek peribadi lain yang biasanya hanya ingin didedahkan oleh pengguna dalam keadaan tertentu,” kata Doyle.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan