Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan pada Majlis Perasmian Christmas Dreamville 2.0 di The Hills di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Krismas platform mengeratkan silaturahim

KUCHING, 16 Dis: Rakyat Sarawak perlu memanfaatkan perayaan Krismas sebagai platform mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan berkata, sebagai contoh, penganjuran Christmas Dreamville 2.0 bukan sekadar festival namun mewakili perpaduan dalam kalangan masyarakat di Sarawak.

Menurutnya, ia merupakan salah satu inisiatif yang turut memberi tumpuan kepada aktiviti kebajikan dan penglibatan komuniti sejajar dengan semangat memberi yang menjadi teras sambutan Krismas.

“Dalam ini musim yang indah, kami berhasrat untuk mencipta platform yang membawa keluarga, rakan dan pelawat bersama untuk berkongsi kegembiraan serta keajaiban Krismas.

“Kami juga mempunyai aktiviti untuk anak-anak, kami memastikan acara ini merupakan pengalaman yang boleh dihayati oleh seisi keluarga,” katanya.

Beliau berucap semasa Majlis Perasmian Christmas Dreamville 2.0 di The Hills di Kuching pada Sabtu.

Pada masa sama, Snowdan turut berkesempatan menghidupkan lampu pokok Krismas di pintu masuk utama The Hills.

Christmas Dreamville 2.0 berlangsung dari 13 hingga 25 Disember bertempat di The Hills dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antaranya adalah seperti Bazaar Krismas, persembahan langsung, upacara memasang lampu pada pokok Krismas, bengkel dan aktiviti interaktif, pertemuan dengan Santa (meet and greet), kempen memberi kepada komuniti, pesta makanan dan minuman serta pameran foto dan dekorasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan