Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek samun kedai serbaneka di Bintulu ditangkap selepas 3 hari diburu. Foto hiasan Envato

Suspek samun bersenjata di Bintulu dicekup di Betong

BINTULU, 14 Dis: Seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka di sini, ditangkap di kawasan rumah setinggan, Jalan Semukuk, Betong, semalam selepas tiga hari diburu pihak polis.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada Selasa lalu.

“Penelitian pada rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) tersebut memaparkan satu lelaki berpakaian serba hitam terus menuju ke kaunter juruwang.

“Suspek telah mengeluarkan sebilah parang dan meletakkan di atas meja serta meminta mangsa untuk mengeluarkan wang tunai yang berada di dalam mesin kira-kira dan turut mengambil dua unit telefon bimbit milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, susulan daripada kejadian itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu telah melancarkan Operasi Khas untuk mengesan dan menjejaki suspek.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 2.15 petang bertempat di kawasan rumah setinggan , Jalan Semukuk, Betong, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bintulu dibantu oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Betong telah berjaya menangkap satu lelaki tempatan.

“Selain itu, turut dirampas pakaian yang disyaki digunakan oleh suspek semasa melakukan jenayah serta beberapa unit telefon bimbit,” ujarnya.

Katanya, suspek akan dipohon reman dan disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.

“Semakan ke atas rekod kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau melibatkan kes penyalahgunaan dadah.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan suasana yang tidak tenteram,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan