Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan isu pengagihan gas melibatkan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) telah diselesaikan.

TERKINI: PM Anwar sahkan isu pengagihan gas PETRONAS, PETROS selesai

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan isu pengagihan gas melibatkan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) telah diselesaikan.

Menurut Anwar, kerajaan bagaimanapun masih perlu memuktamadkan beberapa perkara termasuk berkaitan implikasi perundangan.

“Saya telah berbincang bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan keputusan yang jelas sudah dicapai.

“Kami sedang memperincikan butiran melibatkan parameter dan implikasi undang-undang, namun prinsip-prinsip sudah dijelaskan,” katanya pada Majlis Peluncuran National AI Office (NAIO) di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya pemberita mengenai bila pengumuman berkenaan formula penyelesaian yang dicapai antara kedua-dua syarikat itu akan dibuat, Anwar enggan mengulas mengenainya sambil menekankan ia sudah diselesaikan.

Mengulas lanjut, Anwar menyifatkan pertemuan antara beliau dan Abang Johari tempoh hari bagi membincangkan perkara itu berlangsung dengan sangat baik.

“Betul ia sudah diselesaikan, kami (kerajaan) sedang mengusahakan butirannya. Ia adalah pertemuan yang baik,” jelasnya.

Pada Selesa lepas, Abang Johari berkata formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan PETRONAS dengan PETROS akan diumumkan sendiri oleh Anwar.

Premier Sarawak itu optimis bahawa isu berkenaan sudah boleh dianggap selesai sementara menanti pengumuman mengenainya dibuat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan