Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Semawi Muhamad semasa berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Sarawak Tahun 2024 di Pusat Pemulihan Samarahan di Kuching pada Khamis. Foto TVS

16 graduan istimewa dirai

KUCHING, 12 Dis: Seramai 16 graduan diraikan pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Sarawak Tahun 2024.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Semawi Muhamad berkata, graduan tersebut terdiri daripada pelatih kursus kemahiran komputer, elektronik dan jahitan.

Menurutnya, sempena sambutan tersebut, turut diadakan pelbagai aktiviti menarik seperti senaman sihat keluarga OKU, treasure hunt dan tarian,

“Kita raikan seramai 16 graduan yang terdiri daripada pelatih kursus kemahiran komputer, elektronik dan jahitan.

“Sambutan Hari Orang Kurang Kupaya Sarawak 2024 pada tahun ini dilaksanakan selama dua hari bermula semalam dengan pelbagai pengisian aktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Sarawak Tahun 2024 di Pusat Pemulihan Samarahan di Kuching pada Khamis.

Graduan yang diraikan merupakan peserta kursus bagi Sesi 1 serta 2 Tahun 2024 dan berjaya melalui proses latihan kemahiran yang diberikan selama 24 bulan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan