Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPT telah mengadakan perbincangan dengan UNIMAS berhubung pengenalan pengajian undang - undang di universiti berkenana. Foto kredit, Facebook UNIMAS.

Dewan Negara: UNIMAS, UiTM mampu tawar pengajian undang – undang di Sarawak – KPT

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang melaksanakan penilaian untuk mewujudkan Fakulti Undang-Undang di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Sarawak.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pada masa ini, terdapat 20 buah universiti yang menawarkan kursus undang-undang di seluruh negara dan tujuh daripadanya adalah IPTA.

“(Di Sarawak) program pertama telah pun kita adakan bersama dengan Kolej SEGI di Sarawak di mana program undang-undang dijalankan bersama dengan universiti luar negara dan kurikulum program ini pula dibangunkan dengan University of London.

“Bagi universiti awam pula, Universiti Malaya juga telah menawarkan program Sarjana Muda Undang-Undang iaitu daripada UM sendiri di Sarawak dengan menggunakan fasiliti Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak bermula pada Oktober 2024,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Abun Sui Anyit mengenai hasrat kerajaan membuka Fakulti Undang-Undang di IPTA di Sarawak serta langkah yang perlu diambil agar perkara tersebut dapat dilaksanakan.

Zambry  menambah KPT juga telah mengadakan perbincangan dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke arah menjayakan perkara itu.

“Saya juga boleh kemukakan kepada pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk kita melihat (kesesuaian),” katanya.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan