Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Duta Besar Peru Ricardo Estanislao Morote Canales ketika ditemui pemberita selepas kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia Kuching hari ini.Foto Jazni Hanif (TVS)

Sarawak, Peru perkukuh kerjasama strategik pelbagai bidang

BySheera Abg Mansor

KUCHING: Sarawak dan Peru bakal memperkukuh hubungan menerusi kerjasama strategik dalam bidang pendidikan, biodiversiti, tenaga boleh diperbaharui dan penyelidikan penyakit tropika.

Duta Besar Peru ke Malaysia Ricardo Estanislao Morote Canales berkata, kerjasama tersebut bakal ditandatangani antara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan universiti terkemuka di Peru, Universiti Cayetano Heredia pada Januari 2025.

“Kami dimaklumkan bahawa UNIMAS kini berada di peringkat akhir dalam usaha menangani penyakit denggi yang juga merupakan salah satu penyakit yang dihadapi di Peru.

“Hari ini saya perlu bertemu dengan Naib Canselor UNIMAS. Saya ingin menjemput beliau ke Peru untuk menandatangani perjanjian tersebut pada bulan Januari,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, Peru yang mempunyai lebih 93 kumpulan etnik turut merancang untuk menganjurkan pameran budaya masyarakat peribumi dengan Sarawak sebagai langkah memperkukuh integrasi komuniti.

“Sarawak mempunyai kira-kira 30 kumpulan etnik, tapi kami ingin mengintegrasikan pembangunan bersama tetapi pada masa sama menghargai beberapa perkara yang boleh dikongsi oleh negara berbilang budaya ini dengan kami.

“Sebagai contoh, pengetahuan tentang perubatan tradisional dan kaedah mereka menangani pelbagai jenis penyakit,” ujarnya.

Mengenai pelabuhan laut dalam Chancay yang dirasmikan pada 14 November lepas, Ricardo berkata, hubungan antara wilayah tersebut dengan Peru semakin erat dengan urusan penghantaran kargo ke Asia dijangka dapat dipendekkan antara 10 hingga 15 hari manakala kos penghantaran kurang sekitar 15 hingga 20 peratus.

“Dari Peru, kami akan mengumpul produk Colombia, Ecuador, Chile, Bolivia, dan Brazil untuk dihantar ke Asia.

“Begitu juga, kami akan menerima produk dari Asia termasuk dari Sarawak, Malaysia. Ini sangat baik untuk perniagaan, walaupun kedua-dua negara ini dipisahkan dengan jarak 19,000 km,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan