Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Duta Besar Mexico ke Malaysia Luis Javier Campuzano Pina ketika ditemui pemberita selepas kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia Kuching hari ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

Sarawak bintang ekonomi meningkat naik

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 29 Nov: Duta Besar Mexico ke Malaysia Luis Javier Campuzano Pina menganggap Sarawak sebagai salah satu bintang ekonomi yang sedang meningkat naik di Malaysia.

Sehubungan itu beliau berkata, Mexico berhasrat memperkukuh hubungan perdagangan dan kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk teknologi, tenaga hijau, digital dan e-dagang.

“Pertemuan dengan Premier Sarawak dan pihak berkuasa lain di Sarawak telah memberi kami peluang untuk menumpukan kepada beberapa bidang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Menurutnya, pelbagai bidang boleh diteroka di Sarawak yang menawarkan perspektif besar kepada Mexico pada masa hadapan.

“Dalam bidang teknologi, kami juga berkongsi usaha untuk membina kapasiti, berusaha untuk mengumpulkan perusahaan kecil dan sederhana yang boleh memperkukuh komunikasi serta rantaian nilai dalam pelbagai sektor,” ujarnya.

Beliau berkata, Malaysia merupakan antara sepuluh rakan perdagangan terbesar Mexico dengan nilai dagangan antara kedua-dua negara melebihi USD 15 bilion pada tahun 2022.

“Ini adalah perdagangan yang sangat signifikan dan kami adalah rakan perdagangan pertama Malaysia di Amerika Latin dengan ruang yang besar untuk meningkatkan lagi hubungan ini,” jelasnya.

Beliau percaya kerjasama tersebut akan memperkukuh lagi hubungan antara Sarawak dan Mexico serta memberi peluang lebih besar untuk kedua-dua negara pada masa hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan