Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek memperkenalkan satu pelaburan dan menerangkan kepada mangsa berkaitan pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi iaitu sebanyak 10 peratus sehari dari wang yang dilaburkan. Foto hiasan Envato

Pesara wanita kerugian RM150,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

KUCHING, 28 Nov: Seorang wanita berusia 60-an dari Bintulu yang merupakan pesara swasta kerugian RM150,000 selepas terpedaya pelaburan tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, pada awal Oktober 2024, semasa berada di rumah mangsa dihubungi seorang individu yang tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp.

“Suspek memperkenalkan satu pelaburan dan menerangkan kepada mangsa berkaitan pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi iaitu sebanyak 10 peratus sehari dari wang yang dilaburkan.

“Mangsa berminat dengan tawaran lalu berurusan melalui aplikasi Whatsapp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, suspek mengarahkan mangsa untuk mendaftar sebagai ahli pelaburan sebuah syarikat melalui pautan yang diberi.

“Mangsa yang terpedaya telah melakukan beberapa transaksi wang secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan suspek berjumlah RM150,000.

“Mangsa memyedari dirinya ditipu apabila mangsa masih diminta untuk membuat pembayaran lain dan tidak menerima pulangan keuntungan pelaburan seperti yang dijanjikan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan