Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Polis yang akan dikerah pada Pilkada Serentak 2024 di Indonesia. Foto David Andreas (TVS)

Pilkada 2024: 391,654 anggota keselamatan bertugas di seluruh Indonesia

JAKARTA, 26 Nov: Seramai 391,654 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Tentara Nasional Indonesia (TNI) dan Polis Indonesia akan bertugas semasa Pemilihan Ketua Daerah (Pilkada) Indonesia 2024 pada esok, 27 November.

Pilkada Indonesia 2024 terbesar dalam sejarah demokrasi Indonesia itu meliputi 545 wilayah termasuk 37 negeri, 415 daerah, dan 93 bandar.

Menurut Ketua Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit 2024 Pilkada 2024 akan menjadi salah satu detik penting dalam proses demokrasi Indonesia kerana keselamatan di setiap peringkat sejak daripada pengagihan logistik hingga pengundian perlu dijamin.

“Fokus utama penempatan pasukan adalah menjaga keselamatan dalam proses Pilkada sehingga pengundian selesai dan dipastikan keadaan kekal terkawal tanpa adanya konflik,” katanya.

Usaha ini bertujuan untuk mengelakkan insiden, seperti rusuhan atau ancaman lain terutamanya di tempat yang terdedah kepada konflik dan dijangkakan berdasarkan hasil pemetaan potensi.

Sigit turut menyebut penempatan pasukan ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menjaga kestabilan dan keselamatan politik sepanjang pelaksanaan Pilkada 2024.

Diharapkan penyertaan orang ramai akan kekal tinggi, dan proses demokrasi berjalan dengan selamat, lancar dan amanz

Pilkada 2024 diadakan serentak sebagai usaha menyatukan jadual Pilihan Raya Umum (Pemilu) yang berlangsung tahun ini, demi meningkatkan kecekapan dan penyelarasan pelaksanaan antara kerajaan tempatan dan pusat.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan