Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi semasa perhimpunan pasukan sempena cuti Krismas dan Tahun Baru. Foto David Andreas (TVS)

107 juta orang dijangka bercuti hujung tahun di Indonesia, 129,923 pasukan keselamatan dikerah

JAKARTA, 23 Dis: Bertepatan dengan cuti Krismas dan Tahun Baru, pihak berkuasa Indonesia mengerahkan 129,923 pasukan keselamatan terdiri daripada Tentera-Polis dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan.

Seluruh pasukan yang dikerah akan mengawal pergerakan dan keselamatan 107 juta rakyat negara itu yang dijangka akan melakukan pergerakan pada cuti hujung tahun ini.

Menteri Pengangkutan Indonesia Budi Karya Sumadi berkata, perhatian khusus perlu diberikan kepada mereka yang melancong semasa cuti Krismas dan Tahun Baru yang akan menuju ke destinasi tarikan pelancong.

“Kita tahu dijangkakan terdapat 107 juta orang melancong semasa cuti Krismas tahun ini dan kebanyakan mereka akan menuju ke destinasi tarikan pelancong sehingga perlu kita pastikan keselamatannya,” katanya dalam perhimpunan pasukan di Jakarta semalam.

Menurutnya, sambutan Krismas dan Tahun Baharu kali ini bertepatan dengan tempoh kempen, justeru potensi terdedah lebih tinggi jadi perlu disediakan lebih banyak pasukan berbanding sebelumnya.

Atas sebab itu, beliau mengingatkan bahawa adalah perlu untuk menjangkakan gangguan terhadap keselamatan dan ketenteraman awam yang berpotensi berlaku semasa cuti hujung tahun ini.

Seluruh pasukan pengawalan akan memberi tumpuan kepada tempat berlepas seperti lapangan terbang, pelabuhan, stesen kereta api, stesen bas dan laluan masuk antara wilayah.

Sekurang-kurangnya 1,668 pos keselamatan, 670 pos perkhidmatan dan 113 pos bersepadu akan disiapkan bagi menjamin keselamatan 49,676 objek keselamatan di seluruh Indonesia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan