Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jasad Tuai Rumah Lepong Ibau, Bubut Benang,57, ditemui hari ini. Foto JBPM

Jasad Tuai Rumah Lepong ditemui hari ini

KAPIT, 21 Nov: Jasad Tuai Rumah Lepong, Ibau Bubut Benang,57, yang merupakan mangsa bot karam pada Selasa ditemui hari ini.

Komander Operasi, Timothy Barat berkata, jasad mangsa ditemui di Nanga Makoh oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 3.30 petang ini.

“Jasad berkenaan seterusnya dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Dengan penemuan jasas itu, operasi SAR yang memasuki hari kedua ditamatkan pada jam 4.50 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian petang Selasa, seorang dikhuatiri lemas manakala dua lagi selamat selepas bot dinaiki karam semasa dalam perjalanan dari Nanga Benin Rumah Belaja menuju Pekan Kapit.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.17 malam dengan menggerakkan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit ke lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira 30 kilometer menggunakan laluan sungai.

“Tiga mangsa terlibat dalam tragedi ini iaitu pasangan suami isteri dan seorang pekerja pada jam 5 petang, ketika dalam perjalanan bot mereka terlanggar batu di tengah-tengah sungai yang berhampiran Nanga Makoh Batang Rajang dan karam.

“Isterinya dan pekerja telah berusaha mencari suaminya namun tidak berjaya,” katanya.

Katanya, kawasan kejadian terletak di hilir jeram Pelagus yang mempunyai laluan sungai yang berbatu besar yang tidak kelihatan di bawah permukaan air.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan