Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak bomba menjalankan operasi SAR seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki karam semasa dalam perjalanan dari Nanga Benin Rumah Belaja menuju ke pekan Kapit hari ini. Foto JBPM

Operasi SAR cari mangsa lemas di Kapit dihentikan jam 6 petang, mangsa belum dijumpai

KAPIT, 20 Nov: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki karam semasa dalam perjalanan dari Nanga Benin Rumah Belaja menuju ke pekan Kapit di sini, semalam, dihentikan jam 6 petang tadi.

Komander Operasi, Timothy Barat berkata, operasi SAR hari pertama itu gagal menjumpai mangsa Bubut Benang,57, dan akan disambung semula esok hari.

“Operasi SAR hari ini bermula dari pekan Kapit menghala ke hulu Sungai Batang Rajang hingga ke Nanga Makoh dan ke tapak pembinaan di Nanga Benin dengan kaedah pencarian dipermukaan air dalam radius dua kilometer dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian semalam, seorang dikhuatiri lemas manakala dua lagi selamat selepas bot dinaiki karam semasa dalam perjalanan dari Nanga Benin Rumah Belaja menuju ke pekan Kapit.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.17 malam tadi dengan menggerakkan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit ke lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira 30 kilometer menggunakan laluan sungai.

“Tiga mangsa terlibat dalam tragedi ini iaitu pasangan suami isteri dan seorang pekerja mereka, pada jam 5 petang ketika dalam perjalanan bot mereka terlanggar batu di tengah-tengah sungai yang berhampiran Nanga Makoh Batang Rajang dan menyebabkan bot yang mereka naiki telah karam.

“Isterinya dan pekerja telah berusaha mencari suaminya namun tidak berjaya dijumpai dan percaya suaminya telah lemas,” katanya.

Katanya, kawasan kejadian terletak di hilir jeram Pelagus yang mempunyai laluan sungai yang berbatu besar yang tidak kelihatan bawah permukaan air dan keadaan air yang deras dan berbahaya kepada pengangkutan sungai.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan