Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman Edisi ke-21 di kediaman rasmi beliau petang tadi. Foto UKAS

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 14 Nov: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman Edisi ke-21 hari ini.

Menurut kenyataan rasmi pada Khamis, kunjungan tersebut bertujuan menjemput Tun Wan Junaidi dan isteri ke Majlis Penutupan Pesta Benak yang dijadualkan berlangsung pada 1 Disember ini di Tebingan Sri Aman.

“Pesta Benak Sri Aman adalah acara tahunan yang istimewa dan menonjolkan keunikan fenomena benak di Batang Lupar. Ia bukan sahaja merancakkan industri pelancongan tetapi juga menjana peluang ekonomi kepada penduduk tempatan,” menurut kenyataan tersebut.

Kunjungan hormat tersebut diketuai Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Sarawak yang juga ADUN Simanggang Datuk Francis Harden Anak Hollis.

Hadir sama Pemangku Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh dan ahli jawatankuasa lain termasuk Ramon Addy Mroon, Zaidil Ripin serta Sulaiman Amut.

Pesta Benak tahun ini akan diadakan dari 29 November hingga 1 Disember dengan pelbagai acara menarik seperti Regata Benak, Miss Tourism Benak, Benak Idol dan konsert penutupan.

Sasaran pengunjung dianggarkan antara 60,000 hingga 70,000 orang yang dijangka membawa impak positif kepada ekonomi dan pelancongan di Sri Aman.

“Penganjuran acara ini bukan sahaja menyatukan masyarakat tetapi juga mempromosikan Sri Aman sebagai destinasi ekopelancongan unik di Sarawak,” menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, Tun Wan Junaidi dan isteri menyatakan penghargaan atas usaha berterusan dalam mempromosikan warisan Sarawak melalui Pesta Benak dan berdoa agar acara tersebut berjaya menarik ramai pengunjung serta menyemarakkan semangat perpaduan.

Menurut kenyataan itu lagi, Pesta Benak Sri Aman 2024 diharap mampu mencipta impak positif, dengan peningkatan hasil kepada peniaga tempatan dan pengusaha pelancongan selari dengan tema Think Tidal Bore, Visit Sri Aman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan