Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan sebanyak 23 kes penderaan bayi direkodkan di taman asuhan di seluruh negara bagi tempoh April hingga September tahun ini. Foto hiasan, Envanto.

Dewan Rakyat: Tiga bayi meninggal dunia akibat didera di taska tahun ini

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Tiga kematian melibatkan bayi yang didera di taman asuhan kanak- kanak (taska) di seluruh negara direkodkan pada tahun ini, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, sebanyak 23 kes penderaan bayi juga direkodkan di taska di seluruh negara bagi tempoh April hingga September tahun ini.

Dewan Rakyat : UMS rancang buka pusat pembelajaran baharu di Semporna

Kata beliau, kes yang direkodkan melibatkan penderaan, pengabaian atau mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

“(Sehubungan itu) 14 tindakan penutupan ke atas taska tidak berdaftar telah dilakukan.

“(Kita juga melaksanakan) sembilan tindakan perintah penutupan sementara ke atas taska yang berdaftar,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Menteri Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dewan Rakyat : UMS rancang buka pusat pembelajaran baharu di Semporna

Noraini menjawab pertanyaan Sabrit Azit (Perikatan Nasional – Jerai) yang meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyatakan statistik kes penderaan di taska di seluruh negara.

Mengulas lanjut beliau berkata taska yang berdaftar boleh memastikan kualiti dan standard asas perkhidmatan yang disediakan selain mengurangkan risiko berlakunya kecuaian dan penderaan terhadap kanak-kanak.

“Oleh itu saya menyeru kerjasama semua pihak, termasuklah ibu bapa dan orang awam untuk melaporkan kewujudan taska tidak berdaftar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 327 buah sekolah di seluruh negara telah terlibat dalam Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak melibatkan 174,079 peserta. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan