Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto pada Mei 2024 menunjukkan trak membawa bantuan kemanusian dari Mesir ke Semenanjung Gaza ketika konflik berterusan di wilayah Palestin antara Israel dan Hamas. Foto fail AFP.

Dewan Rakyat: Malaysia salur RM45 juta bantu rakyat Palestin sejak Oktober 2023

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Sejumlah RM45 juta disalurkan Malaysia kepada Palestin dengan lebih 5,000 tan bantuan kemanusiaan telah dihantar ke Gaza sejak Oktober tahun lalu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata sumbangan dan bantuan itu disalurkan melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam Op Ehsan dan agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dewan Rakyat : UMS rancang buka pusat pembelajaran baharu di Semporna

Kata beliau usaha untuk menyalurkan bantuan ke kawasan bergolak itu kini semakin mencabar setelah pintu sempadan Rafah ditutup sejak 7 Mei lepas.

“Sehubungan itu Malaysia kini mengukuhkan kerjasama dengan Kerajaan bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan (malah) kita telah mendapat undangan dan telah bersetuju untuk turut serta dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui misi jambatan udara dengan negara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Menteri Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamad menjawab pertanyaan Mordi Bimol (Pakatan Harapan – Mas Gading) yang meminta penjelasan berkenaan jumlah peruntukan yang disalurkan kerajaan kepada Palestin sejak perang antara Hamas-Israel bermula pada 7 Oktober tahun lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Malaysia turut menyalurkan bantuan kepada pelajar warga Palestin yang sedang melanjutkan pelajaran di negara ini melalui Kementerian Pendidikan Tinggi dengan membiayai kemudahan dan elaun sara hidup.

“Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) membiayai yuran sepenuhnya bagi rakyat Palestin, manakala institusi pengajian tinggi swasta(IPTS) pula memberi diskaun terhadap yuran pengajian sejak Oktober 2023,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan