Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk membina blok tambahan klinikal di Hospital Sibu, kata menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Foto, KKM.

Dewan Rakyat: KKM rancang laksana projek pembesaran Hospital Sibu

ByIzzah Kamilah Yunus

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk membina blok tambahan klinikal di Hospital Sibu, kata menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Langkah berkenaan kata beliau bagi menjadikannya perkhidmatan ditawarkan setara dengan perkhidmatan kepakaran di hospital berstatus negeri.

Jelas Zulkefly, perancangan berkenaan kini pada peringkat penilaian tapak yang telah dikenal pasti.

Dewan Rakyat : UMS rancang buka pusat pembelajaran baharu di Semporna

“Cadangan ini akan dimohon dalam Rolling Plan Rancangan Malaysia (RMK) akan datang (namun ia) tertakluk kepada ketersediaan tapak, sumber manusia dan kelulusan peruntukan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Penggulungan Rang Undang Undang Perbekalan (Belanjawan 2025) bagi kementeriannya di sini hari ini.

Sehubungan itu kata Dzulkefly tiada keperluan mendesak untuk membina hospital baharu di Sibu.

Jelas beliau, Hospital Sibu kini merupakan sebuah hospital berpakar major dengan kapasiti 662 katil dan kadar penggunaan katil sehingga September lalu adalah pada 62.67 peratus.

Penduduk Sibu seramai 248,064 orang juga katanya boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Hospital Sibu serta rangkaian 16 buah klinik kesihatan di situ

Sementara itu beliau memaklumkan KKM berhasrat untuk memperluaskan Rekod Perubatan Elektronik (EMR) berasaskan Sistem Pengurusan Data Klinikal (CCMS) ke seluruh 237 fasiliti kesihatan primer di Sarawak menjelang 2027.

Dewan Rakyat: Harga barangan di Sabah, Sarawak sudah mahal, antara faktor subsidi diesel dikekalkan

Katanya, bermula tahun hadapan, peluasan sistem CCMS di Sarawak akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Peringkat pertama akan melibatkan enam klinik kesihatan yang akan dilaksanakan selewat-lewatnya hujung Januari tahun hadapan dengan menggunakan peruntukan Persekutuan di bawah Projek Peluasan CCMS di 100 Klinik Kesihatan.

“Peringkat kedua akan dilaksanakan pada tahun 2025 melibatkan 142 klinik yang akan dilaksanakan dengan kerjasama erat dengan Kerajaan Sarawak. Kerajaan Sarawak menyediakan perkakasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan menaik taraf rangkaian yang bernilai RM10 juta, manakala Ibu Pejabat KKM akan melengkapkan sistem CCMS ke fasiliti tersebut,” katanya ,

Tambah beliau proses pendigitalan hospital di Sarawak juga akan dilaksanakan secara berperingkat menggunakan cloud-based Hospital Information System (HIS).

“Buat masa ini, hanya Hospital Bintulu daripada sejumlah 24 buah hospital di Sarawak telah dilengkapi dengan sistem EMR.

“Dalam masa terdekat, pendigitalan akan bermula dengan tiga buah hospital iaitu Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu dan Hospital Miri,” katanya lagi.

Ujarnya, pendigitalan baki 20 buah hospital akan dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) yang dijangka selesai pada 2028. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan