Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Negara dimaklumkan lima tuntutan di bawah jawatankuasa Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) sedang dirujuk untuk keputusan peringkat tertinggi.

Dewan Rakyat: Harga barangan di Sabah, Sarawak sudah mahal, antara faktor subsidi diesel dikekalkan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Faktor tempoh pilihan raya bukan punca utama kerajaan tidak melaksanakan penyasaran subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jurang harga barangan yang besar di sana berbanding dengan di Semenanjung Malaysia juga telah lama berlarutan.

Katanya, kerajaan khuatir sekiranya penyasaran diesel dilaksanakan serta merta di ketiga – tiga wilayah itu, jurang sedia ada akan semakin melebar.

Dewan Rakyat : UMS rancang buka pusat pembelajaran baharu di Semporna

“Tiga minggu lepas saya membentangkan Nota Jemaah Menteri berhubung pemantauan jurang harga barang di antara Sabah, Sarawak dan WP Labuan untuk tempoh Julai hingga September 2024.

“Pemantauan harian dilaksanakan melibatkan 480 barangan dan didapati 65 hingga 68 peratus jenis barangan dijual lebih mahal berbanding Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Penggulungan Rang Undang Undang Perbekalan (Belanjawan 2025) bagi kementeriannya di sini hari ini.

Armizan menambah, kadar penggunaan kenderaan bahan api diesel yang tinggi di Sabah dan Sarawak berikutan faktor geografi serta keadaan infrastruktur jalan raya juga menjadi pertimbangan kerajaan tidak melaksanakan penyasaran subsidi di sana.

Selain itu katanya, faktor ketersediaan data profiling dan mekanisme bersesuaian untuk penyaluran subsidi seperti bantuan tunai juga merupakan antara sebab langkah itu tidak dilaksanakan di Malaysia Timur.

“Atas dasar itu, kerajaan memutuskan untuk memulakan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu dan memantau pelaksanaannya terlebih dahulu sama ada dalam aspek penggunaan fleet card, penyaluran bantuan tunai dan kesan kepada rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan