Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

RM30.7 juta bina, naik taraf fasiliti sukan

ByMahathir Haroun

KUCHING, 11 Nov: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM30.7 juta untuk pembinaan dan kerja naik taraf fasiliti sukan di seluruh Sarawak pada 2025.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia bagi memastikan setiap fasiliti memenuhi taraf antarabangsa.

“Pada tahun ini Kerajaan Sarawak telah meluluskan RM76.4 juta bagi membina dan menaik taraf fasiliti sukan di seluruh negeri.

“Manakala RM250 juta pula diperuntukkan melalui Projek Rakyat untuk membangunkan kompleks sukan baharu dan menaik taraf dewan suarah sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan cadangan Belanjawan Negeri 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurutnya, peruntukan berjumlah RM6.1 juta disediakan bagi penganjuran pelbagai acara sukan.

Katanya, geran tersebut juga melibatkan bantuan kepada atlet dan kelab sukan.

“Manakala sejumlah RM9 juta diperuntukkan kepada dana industri kreatif belia Sarawak.

“Sejumlah RM2 juta pula diperuntukkan bagi tujuan penganjuran pelbagai program dan aktiviti berkaitan keusahawanan dalam kalangan belia Sarawak,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan