Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba bagi Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Yang Kesembilan Belas di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya Kuching. Foto Nadim Bokhari (TVS)

RM125 juta disediakan untuk pembangunan pelabuhan

KUCHING, 11 Nov: Kerajaan Sarawak akan menyediakan RM125 juta untuk pembangunan pelabuhan, keselamatan navigasi dan projek sungai.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan dirancang termasuk tempat letak kenderaan dan kemudahan berkaitan di Pelabuhan Senari serta pembinaan dan penyiapan Teminal Tanjung Embang Fasa 1.

Menurutnya, peruntukan disediakan merangkumi pemberian geran pembangunan pelabuhan dan pengorekan kepada Pihak Berkuasa Pelabuhan Negeri, kajian pelan induk pelabuhan, pembinaan jeti, dermaga, dinding sungai dan kawasan tebing serta Sistem Pengurusan Penjejakan Kapal (VTMS) dan Alat Bantuan Navigasi (ATONS) Sungai Miri dan Kuala Baram.

“Kita komited untuk meningkatkan pembangunan pelabuhan bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan cadangan Belanjawan Negeri 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.Abang Johari menjelaskan, Kerajaan Sarawak juga merancang pembangunan pelabuhan laut dalam baharu di Tanjung Embang dengan kerjasama PETROS untuk memacu Sarawak menjadi hab maritim dan tenaga serantau.

“Pelabuhan ini akan menjadi pintu masuk bagi perdagangan antarabangsa sekali gus meningkatkan kapasiti negeri dalam pengendalian kargo kontena dan menintegrasikan terminal gas untuk PETROS,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan