Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelupusan dadah seberat 31 kilogram yang dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta. Foto Maritim Malaysia

Maritim Malaysia lupus dadah bernilai RM1.5 juta

TAWAU, 7 Nov: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melupuskan dadah seberat 31 kilogram yang dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta, Selasa lalu.

Proses pelupusan itu dijalankan dengan kerjasama syarikat Cenviro Sdn Bhd di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pelupusan dadah jenis syabu itu dilaksanakan selepas menerima perintah rasmi mahkamah.

Katanya, semua dadah berkenaan adalah hasil rampasan yang dilakukan oleh kapal peronda Zon Maritim Tawau pada tahun 2022.

“Proses pelupusan dadah ini menggunakan kaedah pembakaran melalui Incinerator yang diuruskan sepenuhnya oleh syarikat dilantik.

“Pelupusan ini dibenarkan selepas dilucut hak sebaik kes berkenaan selesai dibicarakan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Shahrizan berkata, kaedah pelupusan yang digunakan amat selamat dan berkesan untuk memusnahkan dadah tanpa mencemarkan alam sekitar.

Katanya, proses pelupusan dadah itu dilakukan bersama pihak syarikat berkenaan bagi memastikan ia dijalankan mengikut prosedur ditetapkan.

Sementara itu, Shahrizan berkata, pihak Maritim Malaysia khususnya Zon Maritim Tawau akan terus meningkatkan lagi rondaan dan penguatkuasaan di sekitar perairan daerah ini.

Katanya, pihaknya akan menumpukan lokasi titik panas (hotspot) yang disyaki menjadi lokasi kegiatan jenayah seperti penyeludupan dadah terutamanya di sempadan Malaysia-Indonesia di Tawau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan