
HOUSTON (Amerika Syarikat), 17 Jan: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS)pada Jumaat mengesahkan undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan TikTok di negara ini melainkan syarikat induknya yang berpangkalan di China, ByteDance, melupuskan kepentingannya dalam aplikasi media sosial popular yang digunakan hampir 200 juta rakyat Amerika, lapor Agensi Anadolu.