Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdagangan dalam teknologi tenaga bersih seperti fotovoltaik, turbin angin, kereta elektrik, bateri dan pam haba juga dijangka meningkat lebih tiga kali ganda dalam sedekad untuk mencecah US$575 bilion, kata IEA. Foto hiasan Envato

Pasaran global teknologi tenaga bersih berkembang pesat: IEA

ByBernama

PARIS, 30 Okt: Pasaran global untuk teknologi tenaga bersih dijangka berkembang daripada US$700 bilion tahun lepas kepada lebih AU$2 trilion menjelang 2035, menurut analisis yang diterbitkan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Perdagangan dalam teknologi tenaga bersih seperti fotovoltaik, turbin angin, kereta elektrik, bateri dan pam haba juga dijangka meningkat lebih tiga kali ganda dalam sedekad untuk mencecah US$575 bilion, kata IEA.

“Pasaran untuk teknologi bersih akan berkembang berlipat ganda dalam dekad akan datang, terutamanya bahan api fosil,” kata pengarah eksekutif IEA Fatih Birol.

“Ketika negara berusaha untuk menentukan peranan mereka dalam ekonomi tenaga baharu, tiga bidang dasar penting – tenaga, industri dan perdagangan – menjadi semakin saling berkaitan.

“Walaupun ini menyebabkan kerajaan menghadapi keputusan yang sukar dan rumit, laporan baharu IEA yang inovatif ini menyediakan asas yang kukuh dan dipacu data untuk keputusan mereka.”

Negara akan berusaha untuk meningkatkan keselamatan tenaga mereka, mengekalkan kelebihan ekonomi dan mengurangkan pelepasan, menurut laporan itu.

IEA mendapati sebahagian besar pelaburan tertumpu di kawasan yang telah mengambil langkah jelas dalam sektor ini dan ingin mengembangkan kedudukan mereka: China, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan semakin meningkat, India.

Agensi itu menambah walaupun langkah yang diambil oleh EU dan AS, China dijangka kekal sebagai pusat pengeluaran teknologi tenaga bersih dunia “untuk masa hadapan yang boleh dijangka”. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan