Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada pada Majlis Peluncuran Dasar Sosial Negara 2030 di Pusat Dagangan Antarabangsa (WTC), di sini hari ini. Foto Facebook Nancy Shukri.

Dasar Sosial Negara 2030 kunci Malaysia capai kedudukan 25 teratas IPM, IPR

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dasar Sosial Negara 2030 mampu membawa Malaysia mencapai kedudukan 25 teratas dalam Indeks Pembangunan Manusia (IPM) dan Indeks Persepsi Rasuah (IPR).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dengan pelaksanaan dan langkah penguatkuasaan yang strategik, dasar berkenaan mampu menjadi kunci untuk menyelesaikan isu-isu sosial negara.

Jelas beliau dalam usaha mengejar pertumbuhan ekonomi, Malaysia juga perlu melabur dalam kesejahteraan sosial, melalui dasar yang menggalakkan peluang ekonomi.

“(Ini seterusnya akan) memastikan pengagihan sumber yang adil, serta akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan, dan perkhidmatan sosial.

“Oleh itu, negara amat memerlukan sebuah dasar sosial yang lebih komprehensif dan menyeluruh untuk memacu agenda pembangunan sosioekonomi negara”, katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Sosial Negara 2030 di Pusat Dagangan Antarabangsa (WTC), di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata, kerajaan menyedari kepentingan keseimbangan dalam pembangunan mampan sesebuah negara.

Justeru, kata beliau Dasar Sosial Negara 2030 menjadi bukti komitmen kerajaan untuk membina sebuah negara yang lebih sejahtera, inklusif, dan progresif.

“Keberadaan kita di dalam kedudukan ke-54 Indeks Kemajuan Sosial menunjukkan Malaysia belum mencapai keseimbangan yang diperlukan untuk menjadi negara maju sepenuhnya.

“Dasar ini akan menjadi payung besar yang menunjangi usaha serta strategi Kerajaan dalam memperkukuh pembangunan sosial seterusnya menjadikan Malaysia lebih makmur dan sejahtera,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan