Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adegan mencemaskan yang sempat dirakam kamera litar tertutup.- WAG

Rompak, letak parang di leher

SARIKEI, 18 Okt: Sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang berjaya melarikan barangan dan wang tunai daripada sebuah kedai runcit di Jalan Merudu di sini, semalam.

Kejadian kira -kira jam 4.13 pagi itu mengakibatkan kerugian lebih RM3,500.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superintenden Aswandy Anis berkata, ketika kejadian, juruwang sedang bekerja seorang diri dalam kedai runcit itu sebelum datangi lima lelaki yang tidak dikenali yang menutup muka dengan topeng, kain baju dan bersenjatakan parang.

“Semasa melakukan jenayah ini, salah seorang suspek meletakkan parang di leher juruwang itu dan menolak badan mangsa ke bawah meja

“Suspek kemudiannya menggeledah kedai dan mengambil barang dalam kedai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setelah mengambil barang tersebut, suspek melarikan diri menggunakan kenderaan jenis Honda.

Menurut mangsa,, dia tidak dapat melihat nombor pendaftaran tidak jelas kelihatan berikutan keadaaan gelap.

” Kes ini diklasifikasikan dibawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, polis memohon sekiranya terdapat sebarang maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Muhamad Helmi di talian 0133787194.

Siasatan sedangkan dijalankan bagi mengenalpasti suspek yang terlibat dalam kes berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan