Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan polis sedang menyiasat lokasi seorang pengawal keselamatan maut ditembak dan seorang lagi cedera berhampiran sebuah bank di Puchong Prima, Selangor petang tadi.
Pasukan polis sedang menyiasat lokasi seorang pengawal keselamatan maut ditembak dan seorang lagi cedera berhampiran sebuah bank di Puchong Prima, Selangor petang tadi.

Suspek kes rompak, tembak pengawal keselamatan direman seminggu

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Suspek yang menembak mati seorang pengawal keselamatan dan mencederakan seorang lagi dalam kes rompakan bank di Puchong Prima, dekat sini semalam, kini direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman ketika dihubungi hari ini berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan Seksyen 3 Akta Senjata Api Lebih Berat 1971.

Semalam, susulan kejadian pada pukul 5.50 petang, Abd Khalid dilaporkan berkata polis menahan seorang suspek berumur 38 tahun di tempat awam sekitar Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 7 malam bersama karung berisi wang tunai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan