Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
'Rider' Foodpanda merakam gambar kenangan pada program Panda Jelajah Borneo hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

‘Panda Jelajah Borneo’ tawar lebih banyak peluang pekerjaan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 16 Okt: Program ‘Panda Jelajah Borneo’ anjuran Foodpanda Malaysia menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti khususnya di Bandaraya ini.

Pengarah Operasi Foodpanda Malaysia, Shubham Saran berkata program berkenaan menekankan komitmen syarikat penghantaran makanan itu untuk memperkasa komuniti tempatan melalui penjanaan pendapatan fleksibel.

“Program ini sebenarnya adalah membina komuniti, tetapi kita juga membuka peluang kepada para penghantar makanan mahupun sesiapa sahaja yang mahu mendaftar sebagai penghantar makanan ataupun rider.

“Foodpanda Malaysia menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang mahu membuat kerja sambilan, ia merupakan satu peluang yang baik untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas program ‘Panda Jelajah Borneo’ di sebuah pusat membeli-belah di sini, pada Selasa.

Pengarah Operasi Foodpanda Malaysia, Shubham Saran. Foto TVS

Program tersebut turut meraikan para penghantar makanan berdaftar Foodpanda selain menyajikan pelbagai aktiviti menarik lain untuk para pengunjung.

Antaranya termasuk cabutan bertuah yang menyaksikan penghantar makanan berusia 22 tahun, Mohamad Azin Arsyad Basir dari Kampung Melayu Tebakang, Serian memenangi hadiah utama iaitu pakej umrah tajaan Ikhlas.com.

Mohamad Azin Arsyad Basir (dua kiri) memenangi pakej umrah tajaan Ikhlas.com. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Bercakap kepada TVS sejurus namanya diumum sebagai pemenang hadiah utama itu, Mohamad Azin menzahirkan perasaan terharu ekoran tidak menjangkakan rezeki kemenangan berpihak kepadanya.

“Tadi saya datang untuk menonton kawan saya menyanyi, kebetulan ada cabutan bertuah, jadi saya pun cuba dan Alhamdulillah ini rezeki saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ikhlas.com dan Foodpanda Malaysia untuk pakej umrah ini,” katanya.

Sementara itu pemenang cabutan bertuah biasiswa pendidikan bernilai RM10,000, Muhammad Hazwanur Islam Adam turut berkongsi kegembiraannya selepas diumumkan sebagai pemenang biasiswa tajaan Kolej Antarabangsa Pengurusan dan Sukan (ICMS) itu.

Muhammad Hazwanur Islam Adam (tengah) memenangi biasiswa pendidikan bernilai RM10,000 tajaan Kolej Antarabangsa Pengurusan dan Sukan (ICMS). Foto TVS

“Saya akan berikan biasiswa ini kepada adik-beradik saya yang lebih memerlukan.

“Terima kasih kepada Foodpanda Malaysia dan juga pihak ICMS atas tajaan biasiswa ini,” ujarnya.

Program ‘Panda Jelajah Borneo’ akan diteruskan di Kota Kinabalu, Sabah yang dijadualkan pada Jumaat ini.

Untuk rekod, terdapat lebih 50,000 penghantar makanan berdaftar di seluruh negara di bawah Foodpanda Malaysia.

Daripada jumlah itu, seramai 5,000 penghantar makanan berkhidmat di seluruh Sarawak dan 2,000 daripadanya adalah di daerah Kuching dan bahagian sekitarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan