Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar. Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Tiga negeri keluarkan fatwa ajaran GISBH adalah sesat

ByZhahrulniza

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Tiga negeri di Malaysia iaitu Perlis, Pahang dan Selangor telah mengeluarkan fatwa berkaitan Global Ikhwan Services And Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah sesat.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kepercayaan dan ajaran mengandungi unsur ajaran sesat khususnya batiniah.

“Manakala negeri Pahang melalui Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang memutuskan fatwa bahawa pengikut-pengikut GISBH adalah menyeleweng dan sesat. Bagi

“Jabatan Mufti Negeri Selangor pula menyifatkan fahaman dan amalan ahli-ahli GISBH serta rangkaiannya didapati mempunyai ciri-ciri menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar menurut pegangan ahli sunnah wal jamaah daripada aspek akidah dan syariat,” katanya bagi sesi penerangan menteri mengenai perkembangan dan tindakan berkaitan GISBH di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, beberapa tindakan telah diambil bagi memastikan tindakan terhadap GISBH dapat dilakukan secara menyeluruh, terancang dan selaras dengan kerjasama semua agensi terlibat.

Tegasnya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius isu ini dan komited dalam segala tindakan yang diambil bagi memastikan perkara ini dapat ditangani dengan berkesan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan