Kuala Lumpur, 14 OKT: Dewan rakyat hari ini telah meluluskan beberapa pindaan kepada Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menangani ancaman penyakit berjangkit.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pakej pindaan ini akan membolehkan pencegahan dan kawalan penyakit yang lebih cekap dan berkesan sekaligus menjadi asas penguatkuasaan yang mantap baig menghadapi sebarang wabak berjangkit pada masa hadapan.
“Pindaan-pindaan tuntas terhadap Akta 342 ini adalah reformasi yang amat penting untuk memastikan kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara ketika berhadapan dengan ancaman penyakit berjangkit adalah sentiasa terjamin,”katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas membentangkan ucapan penggulungan perbahasan rang undang-undang pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (pindaan) 2024, pada Isnin.
Jelasnya, penguatkuasaan pindaaan baharu akta 342 ini akan melibatkan beberapa aspek antaranya seperti peruntukkan melibatkan notifikasi untuk penyakit berjangkit termasuk kes-kes yang disyaki; peruntukkan melibatkan pengasingan atau pengawasan orang yang dijangkit dan orang yang disyaki; peruntukan melibatkan langkah-langkah bagi maksud pengesanan dan pemantaua.
“Selain itu, turut terlibat peruntukkan yang melibatkan arahan Ketua Pengarah Kesihatan dan kuasa penguatkuaaaan termasuk menjalankan penyiasatan menghendaki apa-apa maklumat berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit serta pendakwaan dengan izin pendakwa raya dan peruntukkan yang melibatkan kadar penalti am dan kadar kompoun baharu bagi individu dan pertubuhan perbadanan bagi maksud kawalan dan langkah pencegahan kesihatan.”
Tambah beliau, pindaan-pindaan yang dikemukakan ini adalah bagi mengemas kini dan menutup kelompongan dalam kerangka perundangan negara sedia ada agar selari dengan keperluan semasa. – TVS