Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SBA merupakan satu-satunya persatuan pemerhati burung yang berdaftar di Malaysia. Foto TVS

SBA rancang lebar sayap ke Sarawak

KOTA KINABALU, Okt 12: Persatuan Pemerhati Burung Sabah (SBA) merancang memperluaskan jalinan kerjasama dengan Sarawak bagi menggalakkan penubuhan persatuan pemerhati burung di wilayah tersebut.

Presidennya, Ron Pudin berkata, usaha tersebut amat penting untuk membolehkan SBA melebarkan sayap ke seluruh Borneo.

Menurutnya, ia sekali gus meningkatkan daya tarikan pelancongan berasaskan aktiviti memerhati burung di Wilayah Borneo dalam kalangan pelancong antarabangsa.

“Kami sedang cuba untuk mendapatkan bantuan bagi menubuhkan persatuan pemerhati burung di Sarawak supaya kami dapat bekerjasama. Buat masa ini, persatuan kami tidak dapat berkembang sehingga mempunyai ahli di negeri lain.

“Usaha ini sedang giat dijalankan dan pemerhati burung Sarawak telah mengadakan perjumpaan di Kuching baru-baru ini.

“Saya berharap orang Sarawak berminat untuk menyertai aktiviti memerhati burung bersama kami sekali gus menjadikan negeri di Borneo sebagai destinasi pelancongan sangat menguntungkan dalam kalangan pemerhati burung seluruh dunia,” katanya.

Ron berkata demikian kepada TVS semasa Program October Big Day anjuran SBA dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini.

Menurutnya, SBA merupakan satu-satunya persatuan pemerhati burung yang berdaftar di Malaysia manakala pemerhati burung negeri lain berdaftar sebagai kelab atau kumpulan.

Program October Big Day yang berlangsung hari ini bertujuan menarik minat dalam kalangan pelajar universiti terhadap aktiviti memerhati burung.

Lebih daripada 50 peserta termasuk pelajar dan staf UMS menyertai program tersebut.

Terdapat 688 spesies burung di Sabah, termasuk 66 spesies endemik, dan enam daripadanya hanya boleh ditemui di Sabah. Kajian juga menunjukkan lebih 90 peratus spesies burung endemik Borneo boleh ditemui di Sabah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan