Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Komet kali terakhir dilihat oleh Neanderthal boleh dilihat hujung minggu ini

ByBernama

LONDON, 12 Okt (Bernama-PA Media/dpa) — Sebuah komet yang kali terakhir kelihatan dari Bumi ketika Neanderthal (manusia purba) masih hidup mungkin boleh dilihat dengan mata kasar hujung minggu ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik saintis.

Komet A3 (Tsuchinshan-ATLAS) telah digelar sebagai “komet abad ini” kerana betapa terang dan jelas ia mungkin kelihatan, menurut Royal Astronomical Society (RAS).

Ahli astronomi berkata komet itu kali terakhir kelihatan dari Bumi kira-kira 80,000 tahun yang lalu dan hanya ditemui pada Januari 2023.

Menurut persatuan itu, peminat astronomi di hemisfera selatan sudah pun melihat Komet A3, tetapi kini ia juga boleh dilihat di hemisfera utara.

Antara 12 hingga 30 Oktober, orang ramai mungkin dapat melihat komet itu menggunakan teropong atau pun dengan mata kasar.

Dalam video di laman sesawang persatuan itu, timbalan pengarah Dr Robert Massey berkata mengambil gambar komet itu mungkin boleh dilakukan, terutamanya jika menggunakan kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR).

Menurut RAS, komet itu berasal dari Awan Oort yang mengelilingi sistem suria dan mengandungi berbilion objek termasuk komet. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan