Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing menyaksikan pelbagai aktiviti melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam program Hari Terbuka MDMJ bersama TEGAS di Bintangor, pada Khamis. Foto TVS

Ubah stigma, perpustakaan masih relevan

BINTANGOR, 10 Okt: Pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan bagi menarik minat masyarakat mengunjungi perpustakaan yang masih relevan dengan peranannya sebagai sumber pembelajaran sepanjang hayat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berkata, usaha itu sangat penting dalam meningkatkan literasi dan penggunaan sumber pengetahuan yang ada.

Malah ujarnya, langkah lebih proaktif boleh membantu mengubah persepsi perpustakaan sebagai tempat yang membosankan kepada pusat aktiviti dan ilmu yang dinamik.

Sehubungan itu, hubungan baik antara perpustakaan sebagai penyedia perkhidmatan dan pengguna dapat dipupuk dan dipertingkatkan dengan menyebarluaskan peranan perpustakaan dalam komuniti.

“Ini dapat mengurangkan ‘stigma’ bahawa suasana perpustakaan yang membosankan dengan perlaksanaan program literasi maklumat yang lebih menyeronokkan dengan iklusiviti digital pada masa kini,” katanya ketika menghadiri Hari Terbuka Perpustakaan Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) hari ini.

Kuong Hiing berkata, program itu selaras dengan Pembudayaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam kalangan komuniti.

Selain menyediakan ruang yang selesa, moden dan lebih mesra katanya, kolaborasi bersama pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga penting bagi merealisasikan hasrat itu.

Penganjuran program kali ini melibatkan kerjasama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dengan memasukkan program Sains Teknologi dan Matematik (STEM) yang merupakan antara pembelajaran terpenting pada masa kini.

Pada majlis yang sama, Kuong Hiing turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi membantu pihak perpustakaan MDMJmelaksanakan pelbagai aktiviti pada masa akan datang. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan