Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek berumur 24 tahun dikejar polis semasa membawa barangan dapur yang dicuri dari rumah mangsa. Foto PDRM Tawau

Guna kereta sorong sorok barangan curi

TAWAU, Okt 10: Seorang lelaki warga asing dicekup polis ketika berpura-pura bekerja menggunakan kereta sorong untuk membawa barangan dapur yang dicuri dalam kejadian pecah rumah di Tawau.

Suspek yang berusia 24 tahun itu ditahan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di Jalan Bunga Raya, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) mengenai kejadian pecah rumah di Taman Lim Piang Kong pada jam 11.50 pagi.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan MPV segera dikerahkan ke lokasi dan mendapati suspek telah melarikan diri bersama barangan yang dicuri.

“Dengan bantuan dua unit MPV lain, polis berjaya mengesan suspek yang sedang menyorong sebuah kereta sorong berisi beberapa guni di Jalan Bunga Raya,” katanya dalam kenyataan media.

Suspek cuba melarikan diri dan bertindak agresif ketika menyedari kehadiran polis namun berjaya ditahan.

Hasil pemeriksaan mendapati dalam guni yang dibawa suspek terdapat periuk pengukus serta beberapa peralatan dapur yang dipercayai dicuri.

Suspek kini ditahan bersama barang rampasan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi yang membawa hukuman sehingga 14 tahun penjara selain boleh dikenakan saman jika didapati bersalah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan