Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Robert Bisset bercakap pada Forum Kerjasama Malaysia – Kanada ke Arah Penyahkarbonan dan Mencapai Sifar Bersih di Kuala Lumpur hari iniFoto: Hafeezzur Muzamir (TVS.

Kerjasama syarikat Malaysia, Kanada wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Peningkatan kerjasama yang terjalin antara syarikat dari Malaysia dan Kanada dalam sektor teknologi bersih membolehkan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan di negara ini.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Robert Bisset menyifatkan sinergi itu sebagai situasi menang-menang kepada kedua-dua negara.

Jelas Bisset, Kanada akan memanfaatkan kepakarannya sebagai pembekal tenaga bersih utama dunia bagi membantu Malaysia mencapai sasaran sifar bersih menjelang 2050 dan pengurangan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus pada 2030.

“Pemacu penting pertumbuhan ekonomi inklusif ialah teknologi bersih. Syarikat Kanada mempunyai kepakaran dalam pembangunan sumber asli yang mampan dan kami berusaha untuk menguruskannya secara bertanggungjawab.

“Kedua-dua tonggak teknologi bersih dan sumber semula jadi yang mampan ini adalah bidang penting untuk membina kerjasama dengan rakan kongsi seperti Malaysia.

“Malaysia adalah salah satu rakan dagangan utama Kanada di rantau ASEAN dan kami mengiktiraf potensi besar yang masih belum diterokai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi pandangan pada Forum Kerjasama Malaysia – Kanada ke Arah Penyahkarbonan dan Mencapai Sifar Bersih sempena Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Urusan Asia Invest Alberta, Adeel Ahmad.

Menurut Bisset, pihaknya menggalakkan syarikat dari kedua-dua negara untuk memanfaatkan keterlibatan Malaysia dan Kanada dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik dengan meningkatkan kerjasama dalam sektor itu.

Lebih 20 syarikat dari Kanada dan Malaysia dihimpunkan dalam forum itu bagi meneroka peluang perniagaan dalam sektor teknologi hijau. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan