Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni menyempurnakan simbolik perasmian Majlis Sambutan Hari Intergriti NREB Tahun 2024 di Hotel Sheraton di Kuching pada Selasa. Foto TVS

Laporan NREB tingkat kepercayaan masyarakat, halang eksploitasi sumber asli

KUCHING, 8 Okt: Usaha Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak melaporkan aktiviti berkaitan alam sekitar di wilayah ini disifatkan meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar secara adil dan berkesan.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata perkara tersebut telah membolehkan akses kepada maklumat yang tepat terhadap kerajaan sekali gus memantau keberkesanan tindakan NREB untuk menghalang mana-mana pihak daripada mengeksploitasi sumber asli secara tidak bertanggungjawab.

Katanya, pihak NREB harus menolak sebarang bentuk salah laku tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Ketelusan NREB dalam melaporkan aktiviti berkaitan alam sekitar membolehkan orang ramai menilai dan mengambil bahagian dalam usaha pemuliharaan alam sekitar secara adil dan berkesan.

“Ketelusan dalam pelaporan membolehkan akses kepada maklumat yang tepat, meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan, dan memantau keberkesanan tindakan NREB untuk menghalang mana-mana pihak daripada mengeksploitasi sumber asli secara tidak bertanggungjawab,” jelasnya.

Beliau berucap semasa Majlis Sambutan Hari Intergriti NREB Tahun 2024 di Hotel Sheraton di Kuching pada Selasa.

Selain itu, beliau turut menyerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 18 warga Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak.

Kesemua mereka membawa pulang RM 1,000 beserta sijil penghargaan atas jasa mereka dalam perkhidmatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan