Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sulaiman menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang. Foto TVS

Tiada kawasan di Sarawak tertinggal dalam arus pembangunan

LIMBANG, 6 Okt: Kerajaan Sarawak sentiasa memastikan tiada kawasan di wilayah ini tertinggal dalam arus pembangunan, kata Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Beliau berkata, ia terbukti dengan pembinaan projek Rangkaian Jalan Sarawak – Sabah (SSLR) yang menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa melalui Brunei Darussalam.

Menurutnya, SSLR merupakan projek pembangunan yang dilaksanakan dalam memberi manfaat besar sebagai laluan penghubung utama kepada penduduk di Limbang dan Lawas.

Tambahnya, pembangunan tersebut perlu dimanfaatkan oleh penduduk Limbang supaya dapat terus bersaing dengan kawasan lain.

“Daerah Limbang tidak terkecuali daripada pembangunan yang dinikmati sekarang. Dengan adanya beberapa projek mega seperti SSLR yang menghubungkan Sabah dan Sarawak tanpa melalui Negara Brunei Darussalam, limpahan kemakmuran dari segi ekonomi dan sosial akan dapat dinikmati oleh penduduk Daerah Limbang dan Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal pada Majlis Penangguhan Hari Bukit Mas 2024 di Amphitheatre Tebingan Sungai Limbang hari ini.

Turut sama Walikota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menjelaskan, SSLR merupakan impian setiap penduduk Limbang dan Lawas yang kini dapat direalisasikan dan memberi manfaat yang begitu besar kepada ekonomi tempatan.

Katanya, pembinaan jalan tersebut adalah satu pencapaian begitu besar dan boleh dibanggakan bukan sahaja memudahkan pergerakan barang dan manusia tetapi akan membuka peluang ekonomi yang luas.

“Perdagangan antara Sabah dan Sarawak juga dapat digiatkan disamping memperkukuh hubungan sosial dan meransang potensi pelaburan,” ujarnya-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan