Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pakaian tradisional Sarawak yang digayakan oleh 18 orang pelajar Sekolah Seni Malaysia Sarawak mewarnai bandar Sokcho di sini sempena Festival Kebudayaan Seorak. Foto MTCP

Pakaian tradisi Sarawak warnai Bandar Sokcho Korea Selatan

ByOdleen Catherny

WILAYAH GANGWON, 5 Okt: Pakaian tradisional Sarawak yang digayakan oleh 18 pelajar Sekolah Seni Malaysia Sarawak mewarnai bandar Sokcho di sini sempena Festival Kebudayaan Seorak.

Menerusi kenyataan yang dikongsi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) pada Sabtu, pelajar tersebut memperagakan pakaian dari etnik Iban, Bidayuh, Melayu, Melanau, Orang Ulu dan banyak lagi.

Perarakan yang berlangsung di Korea Selatan itu pada tahun ini meraikan tahun ke-59 penganjurannya.

Penganjur festival menjemput MTCP yang juga merupakan ahli dalam Pelancongan Antara Wilayah Asia Timur (EATOF) untuk menyertai festival berkenaan.

Justeru itu, MTCP mewakilkan Sekolah Seni Malaysia Sarawak dan pasukan sokongannya ke Korea Selatan dari 4 hingga 7 Oktober ini.

“Dengan penyertaan daripada pelajar muda kita ini, Sarawak terus komited dalam misi untuk terus menonjol menerusi seni persembahan dan warisan budaya.

“Ia juga secara tidak langsung memberi inspirasi kepada para pelajar untuk kekal cemerlang sekali gus menggalakkan lebih ramai belia untuk melibatkan diri dalam seni,” menurut kenyataan itu.

Hadir sama ke festival itu dua guru pengiring, Halina Lim dan Ahmady Radi dan Pengarah Muzik, Benzie Jorai.

Perarakan di sekitar bandar Sokcho itu bermula hari ini dengan tema Marching Show with Chani Raeyo!

Festival kali ini menyaksikan perarakan yang menampilkan pelbagai persembahan watak tumpuan dari Sokcho, Chani dan Raeyo. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan