Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tujuh individu diberkas dipercayai terbabit dalam penjualan loteri haram dalam Op Dadu yang dilancarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simanggang pada Rabu. Foto IPD Simanggang

Tujuh individu ditangkap dipercayai terlibat jual loteri haram

SIMANGGANG, 27 Sept: Tujuh individu diberkas dipercayai terbabit penjualan loteri haram dalam Op Dadu yang dilancarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simanggang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Simanggang, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, operasi itu dijalankan di tujuh premis di sekitar bandar berkenaan.

“Op Dadu yang dijalankan mulai jam 3.30 petang itu hasil maklumat dan aduan orang awam.

“Mereka yang diberkas terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berusia 21 hingga 33 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis menjumpai dan membuat rampasan terhadap barang yang dipercayai digunakan oleh suspek tersebut dalam menjalankan kegiatan penjualan judi loteri awam tanpa lesen.

“Semua suspek dibawa ke IPD Simanggang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan