Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika mengadakan lawatan ke Kompleks UNIFOR yang kini hampir siap. Foto Akma Salleh (TVS)

Kompleks UNIFOR dijangka dibuka suku pertama 2025

ByAkma Salleh

KUCHING, 20 Sept: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Jalan Ong Tiang Swee yang kini mencapai tahap kemajuan 99.37 peratus siap dijangka beroperasi pada suku pertama 2025.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Permit Menduduki (OP) akan dikeluarkan pada bulan ini setelah pemeriksaan dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam masa terdekat.

Kompleks UNIFOR di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching yang kini hampir siap. Foto Akma Salleh (TVS)

“Kita gembira dengan kemajuan projek ini kerana kita mempunyai kontraktor dan perunding yang bagus,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja ke tapak projek Kompleks UNIFOR di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Uggah juga memberitahu bangunan itu berperanan penting kerana merupakan simbol dasar keterangkuman kerajaan Sarawak.

“Ini merupakan kebanggaan kita di Sarawak dan saya harap UNIFOR ini akan terus memainkan peranan mereka untuk menyatupadukan rakyat di wilayah ini,” katanya.

Kompleks UNIFOR yang bernilai hampir RM80 juta itu akan menyediakan kemudahan seperti dewan yang boleh memuatkan 1,000 tetamu, masing-masing sembilan lot kedai dan pejabat, serta 256 lot tempat letak kereta untuk pelbagai majlis dan aktiviti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan